Skip to main content

DiGi iPhone 4 Me

PART 1

aku masuk lecture hall.
time ni waktu petang, time kelas TITAS.
aku cam bese kalau titas aku amik port atas atas.
so that aku boleh memerhati apa yang berlaku di bawah.
kalau ada yang interesting, maka akan tercetuslah gosip hangat. he heh he.

sekali tuh, macam biasa.
time aku wat aktiviti 'memerhati' aku tuh.
aku ternampak akak ni.
asyik gila main game. wuu.
die tengah main masak masak.
bila kena lempar lempar, dia kena gerakkan hp tu macam lempar lempar.
owh, aku amat jeles. cool gila hp mu wahai akak ku.

lalu, aku pon bertanya.
akak, hp ape akak pakai?
akak pakai iphone je dik.

iphone je? IPHONE JE?
serius rasa macam nak amik, rampas, buang je word 'JE' tuh.
mana mampu nak beli doe.
aku pakai hp cabuk je kak.

sejak dari hari itu, aku mula interested dengan IPHONE.
pantang jumpa kawan kawan yang pakai IPHONE.
mesti macam teruja + excited. nasib baik xgila je. 

bila dah mula interested, mula lah cari macam macam.
maksud aku, google macam macam pasal IPHONE ni.


antara kelebihan IPHONE 4 ni yang buat aku nak sangat sangat memiliki nya ialah sebab features dia yang menarik, tertarik, the boom ni. contohnya.

1) facetime. 
lebih kurang macam video call la. 
nanti kita boleh la cakap kat hp, tapi rasa macam cakap depan depan. 
bes. bes. tambah tambah dengan yang tersayang kan. mak ayah okay! hehehe.
xyah da pakai laptop ke hape ke, sekarang boleh pakai IPHONE 4 je.
ye la. hp aku mana boleh nak video call owh. wu wu wu.

2)retina display.
pemenda ni? retina bagai. okay, meh aku cerita kat korang. ( ada macam orang nak jual barang x? )
macam bila kita online pakai hp biasa kan. contoh nye facebook. 
cam susah kan kena zoom in la, sebab tulisan kecik sangat.
tapi IPHONE 4 ni. xyah da susah susah tekan tekan nak bg besar ape sume.
XPERLU!
sebab dia ada retina display ni dah. macam kanta pembesar pon ada. memang jelas habis la. 
senang la, yang xpakai spec, xyah pakai spec. n yang pakai spec xyah tambah power. 

3)multitasking
pernah x bila korang tengah dengar music player dalam hp korang.
pastu bile korang bukak application lain, contoh nya nak main game ke.
automatic, music player korang tu off sendiri.
sumpah annoying gila kan?
IPHONE 4 ni xmacam tuh.
dia boleh buat multitasking.
kite nak pasang GPS sambil dengar lagu kat music player pon boleh. 
yeah, kite tidak lagi akan bosan ketika memandu. hoyeah! 
TERIMA KASIH IPHONE 4. 

4) HD video recording.
HD beb. HD beb. suma orang gila HD kan sekarang. 
semua pakat dok beli TV HD.
ni HP ada HD ni. sapa xnak beb.
masa tengah record, korang nak zoom. kita perlu tap je. wuuu. sungguh aku mahu. 
then lepas dah record, kita boleh edit tang tang tuh jugak.
memang bes la. 

5) THINNEST HP!
siapa xnak HP yang thin. more convenient la nk bawak pegi mana mana. 

6) camera dia 5megapixel beb! 
aku punya sekarang 3.2 je. xbes xbes.
wu wu wu. siyes nak. dah la aku suke amik gamba sendiri kan.. hehehe.


7) nak cakap banyak banyak kenapa saya mahu IPHONE 4 ni memang sampai minggu depan xhabis.

u want to know more about this amazing IPHONE 4?
just visit here.
dijamin kepuasan berganda ganda. :)

korang rasa macam nak x IPHONE lepas aku cerita benda benda ni?
jangan tipu. mesti nak kan? kan?

korang nak. aku pon nak.
aku rasa macam doa kita dimakbulkan lah.   
why?

sebab
tibe tibe je tengok di bloglist orang lain.
bloglist aku ada nama je, xda recent post. jimat space. =.=
sume dok taruk tajuk "DiGi iPhone 4 Me"

aku mula curious.
mengapakah?
apa yang terjadi? ect ect.

lalu aku membaca di blog fadz ni.
dan aku menyedari, inilah peluang aku.
digi paham rontaan batin ku yang mahukan IPHONE tuh.

ok dah. habis cerita meroyan aku.
point sebenarnya.. nak ajak kengkawan sume..serang here.


wuu. tajuk tetap. xleh nak wat suprise cik ku cak aa sikit sikit. haih.
xpe la.

memang dah ramai gila la aku rasa yang join contest ni.
aku pon tidak mahu ketinggalan okay.
so, here i am. n aku join.
harap harap dapat lah ye. wee.

digi generously nak kasi kita iphone 4.
aku besarkan sikit ye.
IPHONE 4 PERCUMA.

HAA. sume dah terbeliak biji mata dah.
kalo korang nak, just usha here. :)
good luck ye sume.

Comments

wannurfazrini said…
hye lisa, i x paham u linkkan blog i kat ur post ? maneee ?


Btw goodluck, ramai gila kejar ip4 neh! byk saingan !
syafeeq faXys said…
Sorry lisa,saya kat sini dah lama research pasal benda ni dan saya nak kongsikan sesuatu dengan anda.

cons:
1)Masalah paling besar Iphone 4 adalah masalah dia punya signal receiver.Nak gune Iphone 4,boleh,tapi ada cara nak pegangnya,kalau letak dalam poket atau dalam beg,kemungkinannya mmg org xdapat nak call lah kau.Sampai masa dulu dia keluar,apple pun mengaku diorang buat silap tentang signal loss ni.

2)masalah kedua,screen dia kadang2 akan keluarkan tompok2 kuning.

3)handphone ni paling thinner hence iphone 4 adalah iphone yang paling sensitif dan sangat3 tak boleh jatuh.Screen dia sangat2 mudah pecah/retak.

4)google "iphone 4 problems" dan kau tengok la apa seluruh dunia cakap sal iphone 4.

Pros:

1)Ia Iphone 4.despite ape aku cakap atas tadi,apa aku research selama ni,aku still nak iphone 4 XD
The best iphone yet.
hamzah ian said…
PERGH.. MOGA2 DPT LA YE
Nik Lisa said…
fadz, hhaha.
xpe la kalau xpaham. hehe.
yea. good luck jugak,
Nik Lisa said…
feeq, pnjg gila.

haha. :P
aku approve je la.
syg plak kalo x approve.

Popular posts from this blog

cupcake saya.

before balik uitm hari tuh. ade request cupcake dari kawan.  so, aku pon buat lah.  nak resipi? pi usha  blog budak comel ni.   ada satu je resipi kat situ.  supposedly kena taruk vanilla extract. but then xjumpa. aku pon taruk banana flavour. xpasal2 rasa macam kek pisang. =.= biasa nya kalo aku buat aku bakar, maksud aku.. aku taruk dalam oven. tapi kali ni. aku kukus. ingat nak buat ikot resipi ziza bagi. tapi xjumpa brown sugar pulak. yang rasa cam nk hempuk kepala sendiri bila lepas aku dah siap mix bahan bahan. aku pon ternampak la brown sugar elok je atas bekas.  huu. memang rasa cam nak campak diri dalam sungai.  =.= bekas pulak men guna je mana yang ada. tuh yang ada dua size. medium n small. ni before aku lukis lukis.  aktiviti melukis terpaksa ditangguh sebab piping bag xda.  mesti korang cakap, aku ni gatal nak wat cupcake.  tapi benda ni xda, benda tuh xda. ape lahh.  sementara tunggu mak pegi beli, aku bia ...

autoplay again.

salam. hari tu aku blogwalking.  bnyk la jugak bloggers2 (ade s ok, so mmg bnyk la )  yg merungut2 sal pasang lagu yg autoplay kat blog.. kirenye, kalo masok blog, dgr lagu la. tersekat2 lak tuh. (sape suh line xelok! hehe) dan rasa bosan. aku terasa kot.  tuh yg aku da xwat autoplay. tp, aku rasa bosan lah. bile masok blog je da xda music ape2.  so, i autoplayed it again.  plus, aku suke kot usha blog kalo ade music.  ade la hiburan skit. n xda la sunyi sgt. da la rumah aku ni da ckop sunyi da. =.= to those yg msok blog ni bosan dgr lagu, im so sorry.  aku suka kot. okie? ^_^ letak lagu kat blog childish ke? hurm.  i dont think so.

disable right click, meh aku nak cakap sikit.

adeilah. this is my thousand times kena benda yang sumpah aku rasa annoying gila. and i promise, when it reachs thousand times,  i will make special post nak kecam pasal benda ni. penat tau x? nyusahkan hidup aku betol la. eeeeee. xsuke lah orang buat  disable reeee-ait click tuh? ngat orang nak curik sangat ke. nyusah tau x, nak kena drag2 link orang tuh pi naik tab baru. kang aku tekan jer, xbaca lak blog kau.  xkomen lak blog kau. hishhh! kau lak bising bising kata xada orang nak komen. len kali, xyah letak link aa kalau nk disable sgt right click tuh. dah tuh, bila dah right click nak bukak new tab, kuar window kecik,  ayat kemain lagi... "jangan curi, i hate copycats yada yada" "eh, nak buat ape tuhh?" hellooooo, xfikir ke kalau orang yang BUKAN NAK CURI TAPI NAK BUKAK LINK je tekan? ayat ko semacam la beb, memang sakit hati aku baca. sebelum aku get lost. aku nak cakap, jangan nak hentam aku. masing masing ada opinion kan? so, ini opinion aku pasal be...