Pages

Monday, June 23, 2014

My clinical day's exam story

Ok, mai nak cerita pasal Clinical Day.

Hari yang digeruni oleh medical student.

Format?
Ada long case and short case. From 5 disciples. Long Case u olls leh dapat either Medicine, Surgery, ONG, Paeds and Psy. As for Short Case, sama jugak, just buang Psy masuk Ortho je. :)

If contoh nya dapat Psy, short case u olls tak kan dapat Medicine. If dapat Surgery for long case, short case tak kan dapat Ortho. If dalam kalangan examiner u ada Specialist Ortho, u will get Ortho if Long case u bukan surgery. Paham kan?

How it was conducted?
Basically, in one day, 40 students akan di exam kan. 20 pagi, 20 petang. contohnya kalau petang, 10 orang akan dipanggil for clerking first, another 10 relax relax dulu. 10 orang awal ni akan pegi clerk patient. time given was one hour. lepas habis clerk, teros g bilik examiners untuk present and discuss for 30 minutes. In this 30 minutes, korang akan present, q&a session and also g bilik patient to examine patient depan examiners. Setel long case. Lepas tuh korang akan pegi dengan examiner sebelah for short cases. 10 minutes for each case. Ada 3 cases. Lepas tuh habis lah.

Kiranya nanti korang kena jalan jalan la dalam tempat exam tuh? Jangan risau sesat ke nanti habis masa lah ape lah sebab each one of u will b assigned with one shadow (in other words, pembantu). die lah yang akan tolong korang dari awal exam sampai habis. don't u worry. my shadow is very helpful. siap bawakkan i punye paeds kit lagi tau. :)

-----------------------------------------------

So. 22.4.2014. Day 3. Its the day. oh ya, I dapat sesi petang. Dalam pukul 11 dah kena turun, kena quarantine dulu. Clerking start at 1++ i think. Alhamdulillah Allah tiupkan ketenangan dalam diriku. Serious rasa tenang sangat. I wore my best attire, I choose soft orange scarf to match my orangy baju kurung. Put on my white coat. Sebelom keluar rumah, once more, housemate check barang barang exam sume ada ke tak. Neuro Kit aku daif. So, una pinjam kan dia punya. HAHA!

Masa tengah quarantine, lepak je dengan budak budak ni. Solat. Die sedia makanan. Tapi memang tak lalu nak makan. Belek belek je buku. Tak tahu masuk ke tak. Pastu nama dipanggil for clerking. I dapat second session. So kiranya lepas kitorang, end of the day la for us and examiners.

Masuk je tempat exam tuh, duduk depan pintu... bilik i paling hujung. Teros tulis atas kertas format clerking. Tanya shadow i (sneaky me~~), die tak tahu patient apa. Sekali ada lelaki dalam 30 an masuk bilik tuh. Dalam kepala dah rule out ONG, Paeds.. So tinggal medicine, surgery n psy. Dok berdebar takot kalau dapat PSY, huhu. dapat OCD (Obsessive Compulsive Disorder) ke, PTSD (Post Traumatic Stress Disorder).. teros tulis segala mak nenek soalan yang kena tnya. teros list MSE bagai. Medicine and Surgery, clerking format die xda apa yang lain sangat kann...

Pastu TING!

Bunyi loceng menandakan leh start. I pon laju lah masuk bilik patient. Introduce diri cam biasa, mintak kebenaran nak interview bagai.

Q : Encik datang sini kenape ye?
A : Saya datang sebab dr kamu panggil la, exam..

dah pikir sudahh, patient ni x cooperative ke?

Q : Betol betol, sekarang encik sihat lah ye?
A : Yep.

Aaaaaa patient chronic la ni yang stable. OMG OMG OMGGG. Sakit jantung kee, paru paru ke ape ni..

Q : Ok, dulu encik ada sakit apa?
A : Owhh, dulu saya ada kebas kat hujung kaki... mula mula kat hujung, lepas tuh, naik kat seluruh kaki, pastu pindah kaki sebelah bla bla blaaaa. xleh jalan... xrasa...

aaaaaaaa dapat case CNS MEDICINE! dalam fikiran dok fikir Gullian Barre Syndrome. Sebab itu common jugak. But not in this age. Biasa budak budak remaja yang dapat GBS.

Q : So dr cakap tak ape diagnosis encik?
A : CIDP

Ya Allah, nasib baik sangat sangat I tau apa CIDP tuh. it stands for Chronic Inflammatory Demyelinating Polyneuropathy. Sebabnya i penah jumpe patient sakit ni kat Teluk Intan. Siap buat PE lagi kat pakcik CIDP masa kat Teluk Intan dulu! (but i got different patient la, not that Teluk Intan's pakcik).. Teluk Intan berjasaaaa! "Allah nak tolong akuuu" alhamdulillahh! Masalahnyaa, info yang I tau sal CIDP ni, dia adalah chronic GBS. thats all i know. so memang ilmu GBS yang ciput dalam otak ni, terpaksa lah perah perahhh.

Memang history terabur. Chronic history. Biasanya aku kena bertapa semalaman untuk buat history chronic macam ni. But i only have 60 minutes to do all i have to do. Clerk secepat mungkin habis 30 minutes. Teros buat PE, buat kaki, tangan, tinggal lagi 15 minutes, susun history cecepat. Lagi 5 minutes, panggil shadow i nak sphygmometer nak amik BP, sebab takot examiner strict. Sebab adrenalline rush kot, memang buat buat je dapat. Nota kaki, bila adrenalline rush, ur hearing sense will b almost perfect. I yang biasanya pekak badak ni pon sekali buat dapat. Dengan dah lamanya tak practice amik BP manual. Lepas tuh habis.

Then pegi lah kat bilik examiner. Kena tunggu kat kerusi. Masa tuh memang x pandang orang langsung. Sebab tengah plan macam mana nak present. Doctors sume keluar rehat jap baru lepas first session tadi kan. So masa in between habis clerk and nak present tuh agak lama. Sekali lagi Allah nak tolong. Examiner one by one masuk bilik masing masing, one by one member member masuk bilik masing masing. Sampai la tinggal I sorang kat luar. Takpe, lagi lama lagi bagus, leh la tulis susun cecantik history aku. Im in bilik D kalo tak silap. Sekali examiner i sampai, and guess who? They are Dato' Raja!!! Dr Param!!! Dr Medicine yang sangat baik dan one external yang i x kenal (i rasa die doc Surgery sebab dia agak senyap masa im presenting).. Gulp. Im so screwed!!

Rule of the thumb : Biasanya only one doc yang akan tanya soalan bertubi tubi, if macam i, i present Medicine, so i present mostly to doctor Medicine yang sangatlah baik tuh la.

I pon masuk lah bilik tuh. Bagi salam and all. Then present. Dr Param and External senyap je. Bukan bidang dorang i guess. Just Dr Medicine and Dato Raja je yang banyak tanya. Alhamdulillah both of them are very kind. Seriously im so tenang, presenting like talking to them. Allah nak tolong lagi sekali. Soalan pon alhamdulillah i can answer. Lupa dah apa soalan nya. Pegi jumpe patient, wat CNS examination of leg tunjuk kat dorang. Then habis. :) Oh ye, Dato' Raja suruh i assess function of hand. so, expect the unexpected. Bukan dapat rheumato je kena assess hand ya.

Lepas habis tuh, tunggu lagi depan bilik examiner. Sistem die, kalau long case dapat Examiner Bilik D, Then for short case, u akan dapat Examiner Bilik E. Examiner shortcase i ada 5 orang. Dr Suzanna, Prof MAR, Dr Yahya, Prof Syed Hassan and Dr Endocrine Putrajaya tuh. Sume bebaik. It varies on how many people yang examine u. Anything can happened on that day.

For short case, I dapat..

ONG : Twin pregnancy
Paeds : Down Syndrome
Surgery : Hydrocele

Doctor sume nak tolong. Dont worry much ok. Just bertenang. Buat buat dan buat. :)

Habis Clinical Day i.

Turun bilik quarantine kat bawah. Tunggu result jap. Takde yang dipanggil. Kalau dipanggil u adalah borderline fail. So, pegi re examine lagi sekali. Kalau yang x dipanggil, either clear cut fail or lulus. So bila x da nama dipanggil agak risau, sebab tatau lulus ke fail..

HABIS. :D

Footnote.
  • Expect the unexpected.
  • Be confident.
  • Keep talking. But, jangan talk nonsense.
  • Make sure ur basic skills mantop. 
To juniors, goodluck!  

Anything? Feel free to ask yaa. email me neeqlisa91@yahoo.com

Pro exam MBBS

Q : How was it? 
A : It was very intense. I never felt that high intensity of fear. glad I made it. :)

Ni cerita PRO exam saya. 7th Batch MBBS UiTM :)


---------------------------------



Masa final sem year 5 kitorang ada EOS 2. Masa ni kita kena cover 3 postings' exam written and clinical exam for medicine (my last posting). Tak mahu la cerita sal EOS exam. Such a bad memories to me. HEHE. Ok, lepas exam ni, kite diberi masa 2 minggu untuk study week. And after that, teros PRO! 



Memang xde masa langsung nak relax. Lepas EOS ja, masuk gear 5, kena ready for pro exam! Tapi, aku sempat balik kampung konon konon nak tenangkan fikiran. HEHE. Tapi lepas balik dari kampung, teros menggelabah ayam banyak sangat nak kena revise balik. T_T

Now, jadual exam.

31.3.2014 - 13.4.2014 : STUDY WEEK
14.4.2014 : MEQ 1 & 2
15.4.2014 : MCQ 1 & 2
16.4.2014 : MME
17.4.2014 : Clinical Day 1
18-20.4.2014 : CUTI
21.4.2014-24.4.2014 : Clincal Day 2, 3, 4, 5
25.4.2014 : ANNOUNCEMENT OF RESULT

----------------------------------------------

Huraiannyaa.

31.3.2014 - 13.4.2014

Haa, ni dua minggu je study week kita. Tapi tak payah la nak bermimpi di siang hari sangat nak study diam diam dalam bilik (padahal diri sendiri imagine macam ni) sebab kan time ni kita akan macam sangat busy sangat sangat (paham tak betapa aku nak cakap busynya)! sbb time ni banyak extra class, revision class, motivasi macam macam, last minute study group, brieffing PRO exam dan macam macam lagi lah.

Dan haa lagi sekali, akhirnya aku ada study group yang serious, yang hanya dilakukan masa dua minggu ni lah. -.-" jangan tiru perangai ntah apa apa ni ya. But, seriously it helps, tapi untuk make it works tuh susah yang amat. Sebab time constraint je tuh yang jalan. Kalau tak, emmm haramm nak jadi study group. Aku ingat lagi time ONG, konon nak buat study group, memang buat, tapi sekali je. lepas tuh memasing diam. -.-"

14.4.2014

Hari isnin start lah segalanya. Kalau ko budak medic mesti ko tau ape tuh MEQ. Aku malas nk explain. Kalo ko memang tak paham nanti, email je ye adik adik. :) MEQ ni tak ada apa apa sangat. Just nak cakap, MEQ ni ada dua soalan. For MEQ 1 ada medicine and surgery. For MEQ 2 masuk ONG and paeds. Not make any differences sangat pon. HIHI.

Hari ni list name MME dah kuar dah. Nanti citer hari MME yaa. :)

15.4.2014

Hari Selasa.

MCQ 1 is medicine based (Medicine, Paeds, Psy)
MCQ 2 is surgical based (Surgery, ONG, Ortho)

Soalan sangat banyak. Masa ciput. Penat. Tapi i managed to semak banyak kali jugak lah. Pokok pangkal. Be fast and confidence. :)

Dan hari ni adalah sangat mendebarkan sebab hari ni lah kuar list name clinical day!!! Dan alhamdulillah aku dapat hari selasa minggu depan (CLINICAL EXAM DAY 3)

16.4.2014

Hari Rabu. MME day. Serious tak tahu MME tuh stands for what.  Tapi basically, die macam clinical oscee. Ada 5 stations iaitu ANATOMY, HISTOPATHOLOGY, RADIOLOGY, MICROBIOLOGY, and INSTRUMENT

17.4.2014-21.4.2014

LIMA HARI. Aku ada 5 hari untuk revise, untuk sharpen mana yang tumpul. Seriously, aku sangat sangatlah relieved dan bersyukur sebab dapat Day 3. So, adik adik doa lah ye. Tenang sikit. But, it depends on orang. Ada yang nak awal, ada yang nak lambat. ape ape hal, terima dengan hati yang terbuka. Kalau dapat awal, redha, ingat janji Allah. kadang kadang memang dapat awal, tapi sekali pegi jumpa patient, patient sangat cooperative, dapat case senang, case common, dan lain lain. just ingat janji Allah. :)

Alhamdulillah jugak, I dapat housemate yang sangatlah baik. Pergi exam ada orang hantar, balik exam ada orang tunggu. One day before exam, relakan diri jadi patient sebab kita nak berlatih bagai. Terima kasih sangat sangat korang. And guess what, study group yang aku mention kat atas tadi, dengan budak budak ni je la. HIHI. kuat sangat semangat kerumahan kami.

22.4.2014

SELASA.

Another post ok? :D

23.4.2014 - 24.4.2014

DUA HARI BERCUTI - Kami pergi tengok wayang kat the curve. Muahaha!

25.4.2014

Pagi pagi ni ada VIVA. For those yang A+ nak ke A*. And also to those yang borderline fail theory. Kalau clinical yang borderline fail, akan dipanggil pada hari kejadian. U will know your name petang hari sebelom.

Dalam tengah hari macam tuh, kitorang berkumpul ramai ramai dalam lecture hall. Ada lecturer datang bagai. Keputusan akan diumumkan oleh dekan. So, u will have to wait for ur name to be announced. Memang a very nerve breaking moments. Bila nama diumumkan je, lega. Beban bagai di lift up. dan alhamdulillah nama saya ada. :) LULUSSSS!

Kalau anda fail, ur name won't be mentioned. Memang agak sedih. Sebab tuh to juniors, works hard. So that, u won't have those moments. Mereka mereka ni golongan yang Allah uji sebab mereka kuat insyaAllah.

To juniors, study well, study early, pray well, pray early!

Saturday, June 7, 2014

DA Day 4

Mood : Lets do this! 

Breakfast today i makan ayam goreng seketol. Makan kat kedai. On the way g hantar ayah naik flight. He's going to china today. πŸ˜€ safe journey ayah! 

Lunchh? Emmm tomyam versi atkins kot. Insyaallah. πŸ˜€πŸ˜€

So for lunch i masak tomyam atkins. *senyumsenyum*


Cara buat. 

letak air, rebus ayam, pastu taruk bawang putih, cili burung, cube tomyam, udang tunggu dalam 15-20 minit.. Pastu letar sayur (cauliflower + kubis). Pastu kacau kacau sikit then siap!

Pastu aku pk, aku nk makan dgn nasikk! So aku buat nasi goreng atkins. 😏


Cara buat 

Panaskan minyak. Tumis. Aku just gune bawang putih + cili burung. Pastu masukkan telor buh garam sikit. Then aku masukkan udang tiga ekor. Goreng2. Da nampak merah n masak, then masukkan cauliflower yg telah dipotong kecik kecik. Goreng sampai nampak kering. Then siap!

Makan tomyam kot. Haruslah ada telor dadar ye dak. 😏 

Mewah betol lunch hari ni. 

Dinner? Makan tomyam petang tadi je dengan cheese. Setel! 

Semoga istiqamah!

Friday, June 6, 2014

DA Day 3

Semalam terlupa pulak nak post gambo. Semalam i makan ape je ye... Emmm breakfast makan ikan rebus goreng 2 ekor, pastu lapa.. So wat telor dadar... Pastu wat coleslaw, pastu ayam bakar.. Thats about it. Hee. 

Hari ni breakfast i makan chicken ball


Sedap!

Cara nak buat.. 

Isi ayam (i beli ciken fillet kat mydin, pastu blend je).. Taruk daun bawang, daun sup, garam, pepper, cili.. Gaul2.... Bulatkan, pastu goreng!

Layann. 

Lunch-- ingat nak buat tomyam! Nantikan yaa! πŸ˜€πŸ˜€

Tomyam apee pon tatau. Hari ni makcik wat nasi kerabu ajak sedara mara. Mak pulak pressure suh makan gak. Huwaaaa. Nak nangis rasanyaaa. Stressnya hidup ni. Rasa macam nak dok dalam gua lahh! 

Mesti sok naik kg i. Sedih sedihhhh!!!

Dinner-- 

I kuar makan dengan family kat mat spicy. I makan lauk je. Ayam goreng kunyit + air suam. Today no sayur la pulak. Mak ajak g kenduri esok. Haihh. Tatau la nak ikot ke tak. Kesian pulak kat mak kalo x ikot.

And bapak i g china esok. Jenjalan dengan kawan kawan die. Mohon yang terbaik buat ayah. Moga selamat sampai dan balik. Aminnn. πŸ˜€


Wednesday, June 4, 2014

DIY mini rose

DIY mini rose from coloured paper πŸ˜€

DA Day 1

My lunch

2 ekor ikan bakarr πŸ˜€ 


My dinner 

Ayam goreng kunyit sayur goreng 
With telor dadar πŸ˜€

Sayur yg i gune
- cauliflower
- kubis 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...