Pages

Monday, June 23, 2014

My clinical day's exam story

Ok, mai nak cerita pasal Clinical Day.

Hari yang digeruni oleh medical student.

Format?
Ada long case and short case. From 5 disciples. Long Case u olls leh dapat either Medicine, Surgery, ONG, Paeds and Psy. As for Short Case, sama jugak, just buang Psy masuk Ortho je. :)

If contoh nya dapat Psy, short case u olls tak kan dapat Medicine. If dapat Surgery for long case, short case tak kan dapat Ortho. If dalam kalangan examiner u ada Specialist Ortho, u will get Ortho if Long case u bukan surgery. Paham kan?

How it was conducted?
Basically, in one day, 40 students akan di exam kan. 20 pagi, 20 petang. contohnya kalau petang, 10 orang akan dipanggil for clerking first, another 10 relax relax dulu. 10 orang awal ni akan pegi clerk patient. time given was one hour. lepas habis clerk, teros g bilik examiners untuk present and discuss for 30 minutes. In this 30 minutes, korang akan present, q&a session and also g bilik patient to examine patient depan examiners. Setel long case. Lepas tuh korang akan pegi dengan examiner sebelah for short cases. 10 minutes for each case. Ada 3 cases. Lepas tuh habis lah.

Kiranya nanti korang kena jalan jalan la dalam tempat exam tuh? Jangan risau sesat ke nanti habis masa lah ape lah sebab each one of u will b assigned with one shadow (in other words, pembantu). die lah yang akan tolong korang dari awal exam sampai habis. don't u worry. my shadow is very helpful. siap bawakkan i punye paeds kit lagi tau. :)

-----------------------------------------------

So. 22.4.2014. Day 3. Its the day. oh ya, I dapat sesi petang. Dalam pukul 11 dah kena turun, kena quarantine dulu. Clerking start at 1++ i think. Alhamdulillah Allah tiupkan ketenangan dalam diriku. Serious rasa tenang sangat. I wore my best attire, I choose soft orange scarf to match my orangy baju kurung. Put on my white coat. Sebelom keluar rumah, once more, housemate check barang barang exam sume ada ke tak. Neuro Kit aku daif. So, una pinjam kan dia punya. HAHA!

Masa tengah quarantine, lepak je dengan budak budak ni. Solat. Die sedia makanan. Tapi memang tak lalu nak makan. Belek belek je buku. Tak tahu masuk ke tak. Pastu nama dipanggil for clerking. I dapat second session. So kiranya lepas kitorang, end of the day la for us and examiners.

Masuk je tempat exam tuh, duduk depan pintu... bilik i paling hujung. Teros tulis atas kertas format clerking. Tanya shadow i (sneaky me~~), die tak tahu patient apa. Sekali ada lelaki dalam 30 an masuk bilik tuh. Dalam kepala dah rule out ONG, Paeds.. So tinggal medicine, surgery n psy. Dok berdebar takot kalau dapat PSY, huhu. dapat OCD (Obsessive Compulsive Disorder) ke, PTSD (Post Traumatic Stress Disorder).. teros tulis segala mak nenek soalan yang kena tnya. teros list MSE bagai. Medicine and Surgery, clerking format die xda apa yang lain sangat kann...

Pastu TING!

Bunyi loceng menandakan leh start. I pon laju lah masuk bilik patient. Introduce diri cam biasa, mintak kebenaran nak interview bagai.

Q : Encik datang sini kenape ye?
A : Saya datang sebab dr kamu panggil la, exam..

dah pikir sudahh, patient ni x cooperative ke?

Q : Betol betol, sekarang encik sihat lah ye?
A : Yep.

Aaaaaa patient chronic la ni yang stable. OMG OMG OMGGG. Sakit jantung kee, paru paru ke ape ni..

Q : Ok, dulu encik ada sakit apa?
A : Owhh, dulu saya ada kebas kat hujung kaki... mula mula kat hujung, lepas tuh, naik kat seluruh kaki, pastu pindah kaki sebelah bla bla blaaaa. xleh jalan... xrasa...

aaaaaaaa dapat case CNS MEDICINE! dalam fikiran dok fikir Gullian Barre Syndrome. Sebab itu common jugak. But not in this age. Biasa budak budak remaja yang dapat GBS.

Q : So dr cakap tak ape diagnosis encik?
A : CIDP

Ya Allah, nasib baik sangat sangat I tau apa CIDP tuh. it stands for Chronic Inflammatory Demyelinating Polyneuropathy. Sebabnya i penah jumpe patient sakit ni kat Teluk Intan. Siap buat PE lagi kat pakcik CIDP masa kat Teluk Intan dulu! (but i got different patient la, not that Teluk Intan's pakcik).. Teluk Intan berjasaaaa! "Allah nak tolong akuuu" alhamdulillahh! Masalahnyaa, info yang I tau sal CIDP ni, dia adalah chronic GBS. thats all i know. so memang ilmu GBS yang ciput dalam otak ni, terpaksa lah perah perahhh.

Memang history terabur. Chronic history. Biasanya aku kena bertapa semalaman untuk buat history chronic macam ni. But i only have 60 minutes to do all i have to do. Clerk secepat mungkin habis 30 minutes. Teros buat PE, buat kaki, tangan, tinggal lagi 15 minutes, susun history cecepat. Lagi 5 minutes, panggil shadow i nak sphygmometer nak amik BP, sebab takot examiner strict. Sebab adrenalline rush kot, memang buat buat je dapat. Nota kaki, bila adrenalline rush, ur hearing sense will b almost perfect. I yang biasanya pekak badak ni pon sekali buat dapat. Dengan dah lamanya tak practice amik BP manual. Lepas tuh habis.

Then pegi lah kat bilik examiner. Kena tunggu kat kerusi. Masa tuh memang x pandang orang langsung. Sebab tengah plan macam mana nak present. Doctors sume keluar rehat jap baru lepas first session tadi kan. So masa in between habis clerk and nak present tuh agak lama. Sekali lagi Allah nak tolong. Examiner one by one masuk bilik masing masing, one by one member member masuk bilik masing masing. Sampai la tinggal I sorang kat luar. Takpe, lagi lama lagi bagus, leh la tulis susun cecantik history aku. Im in bilik D kalo tak silap. Sekali examiner i sampai, and guess who? They are Dato' Raja!!! Dr Param!!! Dr Medicine yang sangat baik dan one external yang i x kenal (i rasa die doc Surgery sebab dia agak senyap masa im presenting).. Gulp. Im so screwed!!

Rule of the thumb : Biasanya only one doc yang akan tanya soalan bertubi tubi, if macam i, i present Medicine, so i present mostly to doctor Medicine yang sangatlah baik tuh la.

I pon masuk lah bilik tuh. Bagi salam and all. Then present. Dr Param and External senyap je. Bukan bidang dorang i guess. Just Dr Medicine and Dato Raja je yang banyak tanya. Alhamdulillah both of them are very kind. Seriously im so tenang, presenting like talking to them. Allah nak tolong lagi sekali. Soalan pon alhamdulillah i can answer. Lupa dah apa soalan nya. Pegi jumpe patient, wat CNS examination of leg tunjuk kat dorang. Then habis. :) Oh ye, Dato' Raja suruh i assess function of hand. so, expect the unexpected. Bukan dapat rheumato je kena assess hand ya.

Lepas habis tuh, tunggu lagi depan bilik examiner. Sistem die, kalau long case dapat Examiner Bilik D, Then for short case, u akan dapat Examiner Bilik E. Examiner shortcase i ada 5 orang. Dr Suzanna, Prof MAR, Dr Yahya, Prof Syed Hassan and Dr Endocrine Putrajaya tuh. Sume bebaik. It varies on how many people yang examine u. Anything can happened on that day.

For short case, I dapat..

ONG : Twin pregnancy
Paeds : Down Syndrome
Surgery : Hydrocele

Doctor sume nak tolong. Dont worry much ok. Just bertenang. Buat buat dan buat. :)

Habis Clinical Day i.

Turun bilik quarantine kat bawah. Tunggu result jap. Takde yang dipanggil. Kalau dipanggil u adalah borderline fail. So, pegi re examine lagi sekali. Kalau yang x dipanggil, either clear cut fail or lulus. So bila x da nama dipanggil agak risau, sebab tatau lulus ke fail..

HABIS. :D

Footnote.
  • Expect the unexpected.
  • Be confident.
  • Keep talking. But, jangan talk nonsense.
  • Make sure ur basic skills mantop. 
To juniors, goodluck!  

Anything? Feel free to ask yaa. email me neeqlisa91@yahoo.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...