tidur dia terganggu. dia dengar orang bangkit dari tidur. dia dengar orang jalan. bukak pintu. pintu ditutup kembali. roomate dia dah bangun. ke toilet mungkin mengambil wudhuk. handphone cabuknya dicapai. dah 6.30 pagi. kena bangkit solat subuh. namun entah mengapa hatinya meronta ronta mahu menguji roomatenya. sengaja dia buat buat tidur lagi. dia bet roomate nya akan mengejutkan diri nya. hidup ber roomate kan. kalau roomate xbangkit subuh, kejutkan lah. atau korang pikir pasal korang je. aku da solat, aku tidow la. peduli lah orang lain tuh... korang pikir macam ni ke? so, jam di kunci. 6.45 la bangun. pintu dibuka dan ditutup kembali. si room mate mengerjakan solat. dia pula menunggu. bilalah room mate nk kejut dia. tunggu punya tunggu. sampai 6.45 pagi. alarm bunyi. dia bingkas bangun. dan apabila dilihat. kelihatan sebujur tubuh room mate nye kembali mengerengkok di atas katil. emm, xkejut pon..... detik hati nya. lalu, dia berlalu ke bilik air. -----------...