Skip to main content

TRIP TO PULAU PERHENTIAN DAY TWO

hye! 

baca dulu DAY ONE PERHENTIAN trip ni. 
lepas dah baca jom sambung DAY TWO

untungnya rumah seaview ni, pemandangan cantik. boleh tengok sunrise. sebab tak selesa, bangun pon awal. heee. ok lah hikmah dalam musibah. bangun bangun je kami relax lagi sebab janji nak pegi snorkeling tuh pukul 10. 


dalam pukul 9 cam tu kami check out. barang semua bawak terus sebab lepas snorkeling nanti bila dah habis snorkeling, orang boat tuh akan hantar teros pegi jeti kuala besut. so dengan bag bag besar kami turun dari chalet nak pergi makan.. lapar wehhh... mau breakfast..

benti jap amik gambar dengan canoe terpacak atas pasir :)
kami pergi restoren semalam tuh, dengan muke tak malunya.. pergi mintak pinjam mangkuk, sudu, air panas sebab nak masak meggi. hiiii. air beli lahh, takkan nak lepak kedai die percuma kann... dulu time kat pulau kat KK pon makan meggi gak. minat gile dengan meggi. lupa bawak cili burung jaa. hehee.

my favourite maggi tomyam!

pastu tengah makan ni baru teringat pasal nak sewa camera underwater. call la AINA HOLIDAY nak tanya sal ni. sekali dorang dah bertolak. haihh melepas la nak amik gamba dengan ikan ikann dan penyu. (poyo ja lebih~~) padahal nak nyelam lom gelabah. hoho.

lepas tuh dalam kul 10 macam tuh, fast boat tuh datang. yang jadi guide kitorang tuh budak pulau sama baya je nama apis nga budak kecik nama udin. budak kecik tuh comel sangat!!

we pay RM 45 for 6 points which are
- coral
- ikan
- turtle
- kg nelayan
- lighthouse
- ikan kepala besar

kiranya nanti kitorang akan singgah at each points. every point dalam 30 minutes gitu. 

* ONE paragraph below ni aku membebel pasal aku. in case of rushiness, skip please*

-----------------------

cerita #1

kat first point aku pegi iaitu point coral ni, i experienced my longest 30 minutes ever. rasa macam nak cepat cepat je habis 30 minit ni. sebabnya aku maluu gilaa. nak blah dari situ cepat cepat. hahahaha. sebab aku wat drama hindustan dekat point ni. drama hindustan antara aku dengan bro diver. sumpah maluuu woi! ceritanya gini, aku benci gila.. nape la guider aku ni tak ajar dulu. die ingat aku nak terer ke. ajarlah water challenge dulu. eh, water challenge ke ape namanya. yang nak biasakan diri dengan air tuh. kawan aku yang dah pegi sini cakap dorang guider dorang ajarr.... aaa ni sume salah apis! ye la wehh, aku mana reti berenang. tiba tiba kena berenang dalam air laut yang macam dalam je aku tengok. memang scary lah. jujur cakap aku takot. aku tak reti macam mana dari posisi baring meniarap tuh tiba tiba nak jadi posisi berdiri. (noob kan? padahal senang je lepas2 tuh aku dah teror. hehe) so aku dok posisi baring tuh je la. mula mula excited tengok coral, ikan rainbow tuh sume. sekali bila angkat angkat kepala sikit, tengok tepi aku sume kawan kawan dah takda. budak budak ni sume dah pegi belah sana. aku pon nak la pegi belah sana, so aku pon wat la gaya berenang, tapi tak sampai sampai, aku dah penat dah. nak angkat angkat kepala selalu sakitlah pinggang aku, da habis lentik dah ni badan. so aku amik keputusan untuk berdiri. bodoh gila aku tengok coral cam batu tuh aku pon cuba lah untuk berdiri atas tuh. tapi kaki tak sampai. aaaa dah gelabah dah ni. pastu entah macam mana aku mula la buat drama hindustan lemas lah konon. padahal pakai life jacket kot.. pastu ada bro diver ni bawak aku ke tepian pantai. hakhakhakk! aku pon dok sensorang kat tepi pantai sambil tengok kengkawan aku happy happy kat hujung sana. cis!  masa tengah duduk tuh bro diver yang selamat kan aku tuh datang kat aku bagi nasihat tanya khabar sumee (-.-") memalukannnnnnn... nasib baik lepas tuh, kejap je budak budak ni datang balik da nk pergi point ke dua.. hahahahhaa.

-----------------------

lepas tuh, next next point aku dah pandai daa berenang. dah tak gelabah. so aku enjoy je lepas tuh. nasib baik tak trauma dengan lemas.

muke excited snorkeling!

bila pegi je point kedua, aku amik keputusan aku nak dok in group. tak kira la macam mana pon, aku akan pastikan aku dengan members aku ni. hahahah. best point ni sebab ikan banyak gila sebab apis die bawak roti kan so ikan banyak gila datang... best! pastu pegang sea banana kot (?)... die cam gamat tapi die kenyal kenyal tak lembik.  rugi tak leh tangkap gambaa kat sinii.. hehehe.

next point is turtle point. g tengok penyuuu tapi penyu ni die dok kat dasar laut je, tak berenang naik atas... aku just nampak bayang bayang jee. dah la aku rabun kan.. pas tengok bayang bayang aku dah malas nak tengok dah. so aku berenang2 je. takpe lah penyuu, till we meet again.. tengok kat gamba google je lahh heee. 

picture kat turtle point! heee

pastu next stop kat kg nelayan. kat sini kami lunch duluuuu.. makan nasik nga lauk sedaaaap and murah and segar. sotong bapak besar rm 6 je... dah la sedap! pastu pegi bungkus pisang goreng n kopok yang nampak sangat lah tempting ni! awww sedaaaap!

kat kampung nelayan ni ada lah residents die. siap ada sekolah, balai polis bagai lagi. 

pisang goreng n keropok!

ikan bilis kat jetty kg nelayan. lawaaa :)

lepas tuh sambung lagi snorkeling.. and this time kami pegi our 5th pitstop iaitu kat lighthouse..

and guess what?? i jumped!!! budak noob gelabah masa first point ni lompat! muahahah! from the first floor yang tempat orang duduk tuh je. memang tak la nak lompat dari puncak paling atas. hello, first floor tuh nampak je rendah. tapi tinggi gak ye... aku sukee~~~ dalam 3 kali gak la lompat kan.... perasaan bila tenggelam dalam laut tuh sangatlah scary... rasa macam sunyi sangat.. and coral kat sini pon lawaa~~

selamatkan kamiiiii please!

pandai dugong ni buat peace. muahah!

last stop kat ikan kepala besar. last point ni aku dah tak turun da.. malas dan penat dah.... so duduk atas boat amik pic. :) kawan kawan aku cakap tak jumpe pon ikan kepala besar. kuikuii. 

panorama kat point ikan kepala besarr

selfie berdua atas boat. hehe.

owhhh kami pergi belakang windmill rupenya. semalam view the sea dari windmill. hari ni view windmill from the sea. :)

dalam pukul 3 lebih macam tuh, habis dahh. memang penat gilaa. so balik lah. pergi hantar our boat-mate dulu kat perhentian kecik balik. yang pakai topi tuh namanya ben. yang lain tak hingat. hahaha! uncle indian tuh sangatlah mesra. dia malaysian indian. :)

ni kat jetty bubu resort, pulau perhentian kecik.  haruslah amik gamba dengan mat salleh kalau pegi vacation! muehehe.

after that baru hantar kami pergi jetty kuala besut balik. ya ALLAH. angin laut petang petang memang kuat gila. ombak menggila.. macam naik rodeo lembu tuh tahu? (walaupun tak pernah naik).. dengan hujan lagi.. naik boat ada atap pon basah gak. pejam mata je naik boat. sebab tak nak air laut masin kena mata. ayah aku awal awal dah warn, kalo balik jangan amik boat petang. tapi nak buat macam mana dah memang snorkeling tuh habis petang. tapi boleh je hidup. just experienced it. kalau tak, memang tak tahu pe perasaan dia. :)

last pic sebelum boat pergi. ni gamba dengan udin. memang kelako n comel budak ni! haha

* again, ONE paragraph below ni aku membebel pasal kisah kitorang. in case of rushiness, skip please*

-------------------------------------------------

cerita #2

lepas dah sampai tuh, say bye bye and all, kami cepat cepat naik atas. masa nak pergi kat tandas awam nak mandi tuh, ada la mak kambing dengan anak kambing ni. bising sangat dok ngembek. yang budak budak jakun kambing si yana dengan aisa ni sibuk nak bergambar dengan kambing. aku pon iyekan lah... sekali masa dorang pegi kat kambing kat tepi longkang tuh rupa rupanya ada lagi sekor anak kambing dalam longkang tuh. longkang tuh penuh air okay. tengah tenggelam timbul. ya RABBI. nasib baik masa tuh ada pakcik jual lokceng (makanan cam satay tuh). teros cakap kat pakcik tuh. so pakcik tuh cepat cepat tolong angkat kambing tuh. bila anak kambing tuh dah diselamatkan, mak kambing dengan anak anak dia pon blah. hahahaha kesian yana dengan aisa tak sempat nak bergambar dengan kambing. muahahahaha! ok dah cerita kambing--

-------------------------------------------------

lepas mandi mandi bersihkan diri pakai baju kering. lepas dah mandi, amik kereta.. pastu chow~~ sebelom balik rumah, kitorang singgah makan meggi ketam duluu... kat alemy meggi ketam, cherang ruku, pasir puteh.. sedap! harga die pon sedap gak. RM 20/semangkuk. hahaha! 


pastu off we go back to my house. berehat sebelom bangun pagi esok dengan muka sunburn dan sakit pinggang. heee. habislah cerita pulau perhentian kami. :)

-----------------------------------

BUDGET TRIP TO PULAU PERHENTIAN 

2 hari satu malam backpackers style.
backpackers yang takleh terima kenyataan -- still nak bermewah (-.-")

ni untuk trip 5 orang ya :)

for transport kami takde masalah sebab una sponsor kereta pastu minyak mak una yang belanja. terima kasih makcik! so bajet kami start from parking kereta je.

parking kereta : RM 20 (2 hari)/5 = RM 4
fastboat : RM 65 (pegi balik)
caj pemuliharaan : RM 5
water taxi : RM 2
snorkeling : RM 45 (6 points)
lodging : rm 130/5 = RM 26
others - air mineral, jajan, band aid, sunblock : RM 50/5 = RM 10

TOTAL WAJIB : RM 157 

as for MAKAN KAT PULAU pulak

aku bajet dalam RM 30++ 
 (minum petang lepak lepak, dinner, breakfast, lunch)

- lunch : save sebab beli kat jeti kuala besut
- minum petang : RM 4
- dinner : RM 21 
(pegi bahan dinner mewah, makan chicken chop -- nasi goreng die dalam RM 8 je)
- breakfast : free meggi. air sejuk. 
- lunch : tak sampai RM 10 pon

-------------------------------------------

as for other things yang kitorang beli tuh, memang wajib beli kot. 

- air mineral wajib beli! keep urself hydrated okay :) PENTING!
 - pastu lapa tengah malam ada lah jajan nak makan. PENTING!
- band aid beli in case ada yang terpijak coral ke. PENTING!
- sunblock ni wajiblah kan. PENTING!

-------------------------------------------

love u all gegirls! from depan, una mommy, asha bongek, lisa comey, yana budak muntah, aisa tak kenal kambing. ni gamba kat penarik. bukan kat perhentian.  

tuh je la kot. anyhow PULAU PERHENTIAN memang best gilaaa. next time pergi nak pegi one day trip je. pegi snorkeling jee. uiii bestnyaa! kalau honeymoon baru nak tidor sana. muehehehe. 

babai!

Comments

Popular posts from this blog

cupcake saya.

before balik uitm hari tuh. ade request cupcake dari kawan.  so, aku pon buat lah.  nak resipi? pi usha  blog budak comel ni.   ada satu je resipi kat situ.  supposedly kena taruk vanilla extract. but then xjumpa. aku pon taruk banana flavour. xpasal2 rasa macam kek pisang. =.= biasa nya kalo aku buat aku bakar, maksud aku.. aku taruk dalam oven. tapi kali ni. aku kukus. ingat nak buat ikot resipi ziza bagi. tapi xjumpa brown sugar pulak. yang rasa cam nk hempuk kepala sendiri bila lepas aku dah siap mix bahan bahan. aku pon ternampak la brown sugar elok je atas bekas.  huu. memang rasa cam nak campak diri dalam sungai.  =.= bekas pulak men guna je mana yang ada. tuh yang ada dua size. medium n small. ni before aku lukis lukis.  aktiviti melukis terpaksa ditangguh sebab piping bag xda.  mesti korang cakap, aku ni gatal nak wat cupcake.  tapi benda ni xda, benda tuh xda. ape lahh.  sementara tunggu mak pegi beli, aku bia ...

autoplay again.

salam. hari tu aku blogwalking.  bnyk la jugak bloggers2 (ade s ok, so mmg bnyk la )  yg merungut2 sal pasang lagu yg autoplay kat blog.. kirenye, kalo masok blog, dgr lagu la. tersekat2 lak tuh. (sape suh line xelok! hehe) dan rasa bosan. aku terasa kot.  tuh yg aku da xwat autoplay. tp, aku rasa bosan lah. bile masok blog je da xda music ape2.  so, i autoplayed it again.  plus, aku suke kot usha blog kalo ade music.  ade la hiburan skit. n xda la sunyi sgt. da la rumah aku ni da ckop sunyi da. =.= to those yg msok blog ni bosan dgr lagu, im so sorry.  aku suka kot. okie? ^_^ letak lagu kat blog childish ke? hurm.  i dont think so.

disable right click, meh aku nak cakap sikit.

adeilah. this is my thousand times kena benda yang sumpah aku rasa annoying gila. and i promise, when it reachs thousand times,  i will make special post nak kecam pasal benda ni. penat tau x? nyusahkan hidup aku betol la. eeeeee. xsuke lah orang buat  disable reeee-ait click tuh? ngat orang nak curik sangat ke. nyusah tau x, nak kena drag2 link orang tuh pi naik tab baru. kang aku tekan jer, xbaca lak blog kau.  xkomen lak blog kau. hishhh! kau lak bising bising kata xada orang nak komen. len kali, xyah letak link aa kalau nk disable sgt right click tuh. dah tuh, bila dah right click nak bukak new tab, kuar window kecik,  ayat kemain lagi... "jangan curi, i hate copycats yada yada" "eh, nak buat ape tuhh?" hellooooo, xfikir ke kalau orang yang BUKAN NAK CURI TAPI NAK BUKAK LINK je tekan? ayat ko semacam la beb, memang sakit hati aku baca. sebelum aku get lost. aku nak cakap, jangan nak hentam aku. masing masing ada opinion kan? so, ini opinion aku pasal be...