Skip to main content

TRIP TO PULAU PERHENTIAN DAY ONE

hye. salam.

dah habis jalan jalan kat terengganu, dah sedap tidor kat terengganu, pagi pagi tuh kul 8 lebih lebih (lambat sebab sebok amik gamba T_T) kot kami bertolak ke kuala besut. naik boat dekat kuala besut ya. about 100km jugak lah. pehh. awal awal pagi dah kena drive jauh jauh kan. dan harus ingat ya, kami apa pun tak beli lagi. sebab backpackers la konon. jaja!

masuk je kawasan jeti, ada satu mamat ni naik moto dok suh kitorang berhenti. rupe rupenye orang nak cari pelanggan. so jangan pelik lah kalau ada orang macam ni. dia bawak kitorang pergi AINA HOLIDAY. lepas nego nego macam macam, dah tak nak beli bagai, akhirnya beli dengan dorang jugak. normal la push and pull dalam berjual beli. 

so akhirnya amik fastboat n snorkeling je. lodging kitorang figure out kat pulau je.  

PRICE RATE yang kami dapat.

FASTBOAT : RM 65 pergi balik (biasanya RM 70)
SNORKELING : RM 45 (biasanya rm 50) 

so dah rm 110/pax.

As for parking kereta

RM 10/day kalau tak silap.
2 hari so rm 20 lah kan..

after that, kami g la breakfast. 

breakfast duluu sebelom ke pulau

makan nasik bungkus rm 2 kot satu. nasi kerabu. nasi ayam pedas. nasi ayam gulai. 

kalo dah mai kelantan ni memang makan nasi la for breakfast. takde ah roti bakar, roti canai bagai. tak common kat sini. lepas dah kenyang breakfast, bungkus lagi nasi sorang satu nak lunch kat pulau nanti.

after that, kami pegi jeti. kat sana kena bayar lagi caj pemuliharaan taman laut. RM 5/pax.

kena bayar ni sebelom leh p pulau

pastu off we go to pulau perhentian. dalam 30-40 minit gak la atas fastboat tuh. dah macam ape dah dalam boat tuh. melambung lambung. excited sesangat. bising. malu lak bila pikir balik. kat bawah ni gamba masa kitorang da nak sampai kat pulau. masa dah tak melambung dah berani kuarkan hp nak amik pictures.

ni kampung nelayan kot.

pulau perhentian kecik, besar nga kampung nelayan ni dekat dekat je. pastu, pulau perhentian kecik ngan kampung nelayan ni bersambung. boleh je jalan g kg nelayan from pulau perhentian kecik tapi jauh la. ni orang restoren tu yang bagitahu. 

muka muka excited! kat belakang tuh long beach, pulau perhentian kecik

gegirls at the other end of the boat. Baju biru bukan gegirlss harap maklum.

haa pastu kan (excited ni nak ceritaa), kan dari jeti naik fastboat, tapi fastboat ni die tak leh pergi sampai pesisiran pantai, katanya lah.. so kena transfer naik taxi boat pulakk. RM 2 sorang. pandai eh wat duit. Taxi boat ni much smaller than fastboat, so taxi boat ni leh p pesisir pantai... (kononnyela~~) ~~padahalnye kannnn sok nye masa kitorang nak g snorkel, elok je mamat yg bawak kitorang snorkel tuh bawak fastboat die dekat dekat pantai. takde nk kena naik taxi boat bagai pulak nk g kat boat dia. ahhh ape ape je lahhh. hihihii.

----------------------------

CERITA LODGING

kitorang aim mohsin chalet, tapi terdistract dengan rock garden resort sebab dia macam tersergam indah kat tepi tu kan, pastu pulak ramai member yang dah pegi dok sini and bagi feedback yang bagus. so terus pergi sini. mula mula ingat nak survey duluu banyak banyak chalet, pastu baru choose which are the best.. tapi tinggal kenangan je laaa... lepas naik sini panjat tangga, teros penat tambah dengan panas so tak da nak survey survey teros amik je laaa mana yang bagus.

last last, kitorang dok bilik 2 orang tapi sumbat 5 orang. pepandai lah. RM 130/room. sebab sea view. kalo tak sea view RM 50 je. kalo air cond kena tambah berapa entahhh.. tapi konon aa tak nak aircond sebab mahal kan and bajet tamao duk dalam bilik sangat pastu nyesal, tapi nyesal pon tak guna dah sebab dah bayar. 

kalau korang pegi nanti aku suggest amik bilik aircond. pastu tak yah la sea view bagai. sebab tak penting pon. ko dok bilik tido je. pastu bila ko dok bilik untuk tido maka ko perlukan environment yang tak panas kan? so amiklah bilik aircond sebab pulau ni sangatlahh panas!

tapi satu kelemahan rock garden ni, tempatnya tinggi.. penat woii nk naik atas ni. brrrr. pros die tak berapa nak mahal lah kan. nak yang sampai sampai teros boleh bergolek masuk chalet duit kena bagi lebih la. hihi. 

TIPS LODGING FOR TRIP BUDGET YANG SELESA DAN WORTH IT DAN TIDAK MEMBERI KENANGAN BURUK
haa panjang tak tips aku?
1) Jangan pikir penat. Tangga? Daki je~~
2) Tak perlu nak sea view. Bila snorkeling bukan takat view the sea, u taste the sea lagi!
3) Nak share bilik reramai tak kisah, asalkan tak panas. So choose air conditioned one.
4) Walk in is better jangan guna agent. (sebab ko boleh sumbat orang)

Aku nyesal gila buang RM 80 just for sea view. Kalau tak bilik kitorang RM 50 je kot. Rugiii. Rate for chalet bukan sea view but air conditioned tak sure pulak. Bilik die not bad. Ok lahh untuk tidor semalaman.


 lepas check in je, teros makan nasik, makan pauh la. pastu membongkang.

----------------------------

CERITA WINDMILL

aktiviti petang di pulau, memang kena pandai pandai. so petang tuh, kami pergi lah windmill... berjalan jalan di pulau lah kita, ape lagii... hehehe.

view from our resort. :) 




ni masa tengah berjalan jalan nak pegi windmill tuh. tempat naik die dekat bubu resort at the other end of the long beach. jauh okay panas panas ni! hahaha. pasir tuh panasss. tapi aku pakai sport shoes.  nga sunglass. siap topi lagi. hee. persiapan rapi itu penting yoww!

member aku ni siap bawak towel lagi. 

cantik kan?

memang penat sangat nak naik atas tuh. ye lahh. kami bukan gadis gadis fit selalu bersenam tuh. kami typical gegirls tengok citer korea hari hari dalam bilik tetiba nak hiking. memang penat ah. dah la bawak air mineral sebotol je. yang nak bahan nye 5 orang. bawak banyak banyak sikit supaya tak dehydrated. nasib baik Allah bagi kudrat lagi. 

tapi pas naik hilang penat sebab the scenery was very breathtaking! 

panorama maldives malaysia~~

mampu turun suku je. tamak sebenarnya nak turun bawah, pastu kawan suh bawak bertenang, pikir azab nak naik balik lisa~~

kitorang tanya abang fastboat yang bawak kitorang datang sini, dia cakap kalau nak pegi windmill ni kena naik water taxi nanti die bawak pergi jetty ni. tapi dah takda orang pergi da windmill ni sebab jetty runtuh. kalau perasan la kat hujung sana tuh ada jetty yang dah runtuh. pastu bila tanya jalan bukit, dia cakap takda sebab memang biasa naik boat. maybe die tak tahu kot ada jalan bukit atau pun orang orang kat sini memang otak bisnes. kalau naik water taxi mau kena RM 10/sorang. Pehh. Bisnes kencang!

merenung masa depan~~
lepas lepak lepak kat atas ni, kami pon turun bawahh. pergi lepak kedai makan minum air sebab tekak kering gila. Pekena Teh O Ais RM 4 uolls! Lepas tu ingat nak ajak budak budak ni pergi Kampung Nelayan pergi makan pisang goreng ke, kopok ke... Tapi mahal pulak tambang water taxi, RM 10/sorang p Kg Nelayan. So tak jadi. Holiday budget budak budak U akhir sem macam ni lah. Hehe.

Last last, kami p mandi laut dekat dengan chalet kitorang. Lepas penat mandi manda, kami lepak atas batu. 

air jernihh!

ni gambo baru lepas bangun tido atas batu. tiba tiba orang kejut nak amik gamba. ihihi. penat woi mandi laut tuh yang tido jap atas batu. hihi. best je mandi dekat senjaa. dah tak panass. sukee!

gegirls lepak atas batu.

dekat maghrib gitu kami naik, mandi solat ape sume pastu  turun makan malam. Perot laparr. 

malam di perhentian~~

saja nak tunjuk night life di pulau. suram. gelap. ada tempat shisha. ada candle light. ada seafood. mat salleh suka lah kot.

kitorang tak dinner kat timur laut cafe ni. tapi kedai sebelah die. ape entah nama restoren die. lupe. lepak minum sini gak petang tadi. dinner pon sini.. sebab esoknya kami ada misi.. hehehe...

for dinner, aku makan chicken chop. RM 18. dengan coke. RM 3. well, melancong di pulau kan uolls. kitorang saje je nak makan mewah. nasi goreng ni RM 8++. ok lah not bad. aku join venture je dengan members2 aku ni. dah semua order chicken chop. aku tak nak lah kang dorang semua dah dapat makanan, aku sorang je tak dapat dapat sebab aku je yang lain. hee.

lepas dah kenyang, lepak amik gamba kat tepi pantai. naik bilik debushh tidow dalam kesempitan dan kepanasan. charge energy esok mahu snorkeling! 

SELAMAT MALAM PERHENTIAN! 

-------------------------

nanti aku sambung next entry. dah panjang sangat ni. nak citer perihal snorkeling dengan bajet percutian! 

Comments

Popular posts from this blog

cupcake saya.

before balik uitm hari tuh. ade request cupcake dari kawan.  so, aku pon buat lah.  nak resipi? pi usha  blog budak comel ni.   ada satu je resipi kat situ.  supposedly kena taruk vanilla extract. but then xjumpa. aku pon taruk banana flavour. xpasal2 rasa macam kek pisang. =.= biasa nya kalo aku buat aku bakar, maksud aku.. aku taruk dalam oven. tapi kali ni. aku kukus. ingat nak buat ikot resipi ziza bagi. tapi xjumpa brown sugar pulak. yang rasa cam nk hempuk kepala sendiri bila lepas aku dah siap mix bahan bahan. aku pon ternampak la brown sugar elok je atas bekas.  huu. memang rasa cam nak campak diri dalam sungai.  =.= bekas pulak men guna je mana yang ada. tuh yang ada dua size. medium n small. ni before aku lukis lukis.  aktiviti melukis terpaksa ditangguh sebab piping bag xda.  mesti korang cakap, aku ni gatal nak wat cupcake.  tapi benda ni xda, benda tuh xda. ape lahh.  sementara tunggu mak pegi beli, aku bia ...

autoplay again.

salam. hari tu aku blogwalking.  bnyk la jugak bloggers2 (ade s ok, so mmg bnyk la )  yg merungut2 sal pasang lagu yg autoplay kat blog.. kirenye, kalo masok blog, dgr lagu la. tersekat2 lak tuh. (sape suh line xelok! hehe) dan rasa bosan. aku terasa kot.  tuh yg aku da xwat autoplay. tp, aku rasa bosan lah. bile masok blog je da xda music ape2.  so, i autoplayed it again.  plus, aku suke kot usha blog kalo ade music.  ade la hiburan skit. n xda la sunyi sgt. da la rumah aku ni da ckop sunyi da. =.= to those yg msok blog ni bosan dgr lagu, im so sorry.  aku suka kot. okie? ^_^ letak lagu kat blog childish ke? hurm.  i dont think so.

disable right click, meh aku nak cakap sikit.

adeilah. this is my thousand times kena benda yang sumpah aku rasa annoying gila. and i promise, when it reachs thousand times,  i will make special post nak kecam pasal benda ni. penat tau x? nyusahkan hidup aku betol la. eeeeee. xsuke lah orang buat  disable reeee-ait click tuh? ngat orang nak curik sangat ke. nyusah tau x, nak kena drag2 link orang tuh pi naik tab baru. kang aku tekan jer, xbaca lak blog kau.  xkomen lak blog kau. hishhh! kau lak bising bising kata xada orang nak komen. len kali, xyah letak link aa kalau nk disable sgt right click tuh. dah tuh, bila dah right click nak bukak new tab, kuar window kecik,  ayat kemain lagi... "jangan curi, i hate copycats yada yada" "eh, nak buat ape tuhh?" hellooooo, xfikir ke kalau orang yang BUKAN NAK CURI TAPI NAK BUKAK LINK je tekan? ayat ko semacam la beb, memang sakit hati aku baca. sebelum aku get lost. aku nak cakap, jangan nak hentam aku. masing masing ada opinion kan? so, ini opinion aku pasal be...